Friday, 1 June 2012

CARA PENGAMBILAN EVE FIBER

Eve Fibre sangat digalakkan diambil ketika perut kosong sebelum tidur pada waktu malam. Ia juga boleh diambil 3 jam selepas makan malam. Jika anda makan malam pada pukul 7, anda bolehla minum Fibre pada pukul 10 malam. Jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 500ml selepas pengambilan Fibre untuk mengelakkan hidrasi. Selepas itu anda bolehla tidur dengan lena. 

Jika anda terlupa untuk minum fibre sebelum tidur, anda boleh mengambil fibre pada waktu pagi sebelum sarapan. Kalau ada gastrik, digallakkan untuk untuk makan dahulu dalam kuantiti yang sedikit contohnya, minum milo bersama oat ataupun makan la cornflakes atau 2 keping roti. Kemudian anda boleh la minum fibre. Tapi harus diingat untuk kesan yang optimum digalakkan untuk mengambil fibre pada waktu pagi seeloknya sebelum pukul 10 pagi. 

Fibre elok dibancuh dengan air masak biasa sebanyak 200 ml (1 mug). Anda juga boleh goncang (shake) sehingga fibre betul-betul sebati dan tidak berketul. 

Jangan lupa untuk minum 4 liter air sehari untuk menolong fibre bekerja dengan efisyen. Air boleh membantu fibre untuk menolak segala toksin dan lemak yang jahat dalam badan melalui pembuangan air besar. Perut pun akan rasa gembira jika segala toksin dan lemak yang terkumpul dapat dikeluarkan. 

Sayangilah perut anda setiap hari. 

Yang mana satu pilihan anda?



No comments: